Harimau Malaya lonjak ranking ke-147 dunia

0
1

MALAYSIA melonjak tujuh anak tangga pada kedudukan ke-147 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan, hari ini.

Prestasi mantap dipamerkan skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini jelas memberi impak positif kepada ranking pasukan kebangsaan.

Skuad kendalian Kim Pan Gon naik tujuh anak tangga berbanding berada di tangga ke-154 pada kemas kini terakhir, Mac lalu.

Keputusan positif diraih dalam beberapa aksi persahabatan dan ketika kempen kelayakan Piala Asia 2023 menyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.

Harimau Malaya yang menamatkan badi layak ke Piala Asia tahun depan secara merit selepas 43 tahun mengumpul 1057.59 mata keseluruhan dan menyaksikan penambahan 22.53 mata berbanding sebelum ini.

Berdasarkan kedudukan terbaharu itu, Harimau Malaya berada di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia, dan keempat di Asia Tenggara selepas Vietnam (97), Thailand (111) dan Filipina (134).

Bagi kedudukan keseluruhan, Brazil kekal pasukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1837.56 mata, sementara Belgium di tangga kedua (1821.92) dan Argentina ketiga (1770.65). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here