LAGI awal lagi bagus, demikian kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Ketika ditemui media di Angkasapuri di ibu negara hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata apa yang paling penting PRU15 diadakan ketika Barisan Nasional (BN) dalam keadaan terbaik dan bersedia.
“Kalau kita rasa bersedia, kita buat cepat, contoh rakyat terima kita sekarang, ekonomi pun ok, kita lihat pada bulan Oktober pembentangan Bajet (2023) pun cantik.
“Selepas Oktober, Bajet kita pun cantik, duit pun ada, maka rakyat puas hati dengan kerajaan kepimpinan Umno ini, kita buat PRU cepatlah.
“Kita buat (PRU15) pada masa terbaik,” katanya.
Ditanya sama ada pendedahan saksi mahkamah melibatkan kes Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) akan menjejaskan imej Umno bagi berdepan PRU15, Zahidi berkata ia akan dibincangkan oleh kepimpinan parti.
“Kes ini sekarang dibicarakan… kita harap, Umno berdoa supaya presiden kita selamatlah.
“Tapi kalau bersalah maknanya kita Umno pun pergi cari jalan yang terbaik, supaya kita nak PRU kali ini kita masuk dengan keadaan bersih dan diterima rakyat,” katanya. – Malaysiapost

