Warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri

0
1

LELAKI warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika berada dalam kebun durian miliknya di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan, Kulim, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah, Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, mayat mangsa berusia 70 tahun itu ditemui seorang penoreh getah dalam keadaan terbaring berlumuran darah pada jam 9 pagi.

“Kerana takut selepas mengejutkan mangsa beberapa kali tidak sedarkan diri saksi terbabit bertindak menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.

“Saksi memaklumkan berjumpa mangsa pada jam 7 pagi ketika mangsa hendak masuk ke kebun dipercayai untuk mengutip durian. Waktu itu mangsa memang menggalas senapang patah di bahunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Redzuan Salleh, hasil siasatan di dalam sebuah pondok yang terletak 700 meter dari mayat mangsa menemui cebisan isi dipercayai tangan mangsa pada dinding pondok.

“Polis turut menjumpai selaras senapang patah di tepi dinding sebelah kanan dalam pondok tersebut dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik mangsa,” katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘exsanguination due to gunshot to the right upper arm’ (pendarahan akibat tembakan).

Katanya, siasatan awal polis mendapati senjata mangsa dipercayai telah meletup secara tidak sengaja.

“Selain itu, hasil semakan polis mendapati senapang patah terbabit didaftarkan atas nama mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here