Lelaki rejam kucing dah kena tangkap

0
2

POLIS sudah memberkas seorang lelaki yang dirakam bertindak kejam merejam seekor kucing dengan batu dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Semeling, Kedah, semalam.

Suspek yang berusia 20-an itu ditahan di rumahnya, hari ini dan permohonan reman akan dibuat di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pemeriksaan di rumah suspek turut menemukan bangkai kucing namun ia didapati bukan haiwan diseksa suspek seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

“Siasatan mendapati kucing yang diseksa suspek dalam video yang tular sebelum ini sudah diambil Jabatan Veterinar,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan tindakan individu terbabit pada jam 1.10 pagi semalam yang datang menaiki sebuah kereta sebelum mengumpan kucing berkenaan dengan makanan dan kemudian merejamnya dengan batu.

Turut tular video menunjukkan lelaki terbabit menangkap seekor lagi kucing dan memasukkannya ke dalam kereta pada waktu dan tempat yang sama.

Video-video berkenaan dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama Hafiz Qayyum yang tidak menyokong keganasan terhadap haiwan dan tidak berperikemanusiaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here