Kes baharu Covid-19 kembali bawah 2,000

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

MALAYSIA merekodkan sebanyak 1,690 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, catatan kes baharu itu membabitkan 1,680 penularan dalam negara serta 10 kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini telah mencecah 4,540,612 kes.

Sebanyak 2,108 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,478,936 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here