‘Tun M negarawan yang istiqamah berjuang demi bangsa, negara’ – Annuar

0
2

KETUA Bahagian Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai negarawan yang komited berjuang demi bangsa dan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, berkata Dr Mahathir telah diundang berucap ke negara Timur dan Barat, dan hujahnya terus kedengaran oleh pihak luar.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Annuar berkongsi beberapa foto ketika bertemu dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu.

Dalam pertemuan itu, Annuar juga menghadiahkan Dr Mahathir lakaran potret bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu.

“Semoga Tun M, sentiasa diberikan kesihatan yangg baik dan terus berbakti. Negarawan yang istiqamah berjuang demi bangsa dan negaranya.

“Dalam tempoh beberapa minggu ini, Tun telah diundang ke Timur dan Barat, berucap kepada masyarakat antarabangsa di Jepun, di United Kingdom dan di Indonesia.. suaranya terus kedengaran di mana jua.

“Semoga Allah SWT terus merahmati,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here