SimplySiti boleh berkembang ke peringkat antarabangsa, sesuai dengan jenama Siti Nurhaliza – Azizan

0
1

PENASIHAT dan usahawan, Datuk Dr Azizan Osman yakin dengan kemampuan jenama yang diasaskan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, iaitu SimplySiti untuk dilonjakkan lebih jauh lagi.

Pengerusi RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) itu berkata, SimplySiti bukanlah jenama yang asing kerana sudah hampir 14 tahun berada dalam pasaran.

“Tokti dan Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mulakan perniagaan ini mungkin 14 tahun lalu.

“Saya selalu memerhatikan jenama ini dari jauh. Saya merasakan jenama SimplySiti ini sepatutnya telah berkembang menjadi satu jenama antarabangsa terutamanya dalam industri kecantikan dan kosmetik sesuai dengan kekuatan jenama Siti Nurhaliza di Asia sekurang-kurangnya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Siti Nurhaliza secara rasmi menjadi anak didik RichWorks dibawah permentoran Titanium Premier – Partner (TPP) RichWorks pada Selasa lalu.

Azizan berkata, peluang membimbing Asyraf Khalid dan isteri, Tya Arifin secara dekat sejak awal 2020 juga buatnya berpeluang untuk membantu kejayaan mereka bina jenama Mutyara Beauty yang kuat sebagai leader produk kesihatan untuk wanita berasaskan formula tradisi keluarga Tya.

“Peluang lebih mengenali keluarga AK (Panggilan saya kepada Asyraf) termasuk Datuk K dan TokTi beberapa bulan ini.

“Melalui beberapa komunikasi kami, saya percaya tentang kemampuan jenama SimplySiti untuk dilonjakkan lebih jauh lagi insyaAllah dan menjadi contoh kejayaan kepada usahawan-usahawan lain,” katanya.

Menurut Azizan lagi, doakan usaha itu bukan sahaja dapat mengembangkan SimplySiti tetapi dapat membanggakan semua.

“Jenama Malaysia boleh dan mampu ke persada dunia insyaAllah! Saya juga percaya ramai lagi usahawan-usahawan kita yang boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi jika mereka mahu dibantu dan dbimbing.

“Jangan terus berniaga pada tahap yang sama, sampai bila?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here