Malaysia-Turkiye perkuat kerjasama menerusi perkongsian teknologi – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia dan Turkiye akan memperkuatkan lagi kerjasama melalui perkongsian teknologi.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, ia antara perkara dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Duta Besar Turkiye, Merve Safa Kavakcı, bersama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu, semalam.

Beliau berkata, Malaysia akan menerokai peluang kerjasama perkongsian teknologi dengan syarikat Turkiye.

“Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak, dan Turkish Aerospace Industry (TAI) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil, telah mempelawa saya untuk melawat kilang mereka di Turkiye.

“Mereka berminat untuk menerokai peluang perkongsian teknologi, khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa.

“Insya-Allah, kita akan memperkuatkan lagi kerjasama Malaysia-Turkiye,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here