Sajat kembali ‘solo’

0
2

USAHAWAN kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mengumumkan kini solo selepas hubungannya dengan jejaka Lubnan sudah berakhir.

Menerusi perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, Sajat berusia 37 tahun menjelaskan dia kini tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa.

Malah Sajat yang berasal dari Sitiawan Perak itu, memberi bayangan bahawa kehadirannya dalam perhubungan seolah-olah tidak dihargai.

Sajat yang kini menetap di Australia, berkata kasih sayang yang dicurahkan menjadi sia-sia apabila jejaka Lubnan yang dikenali sebagai Jadooss itu tidak memperdulikan usahanya itu.

Lantaran itu, dia lebih selesa tidak bercinta lagi dan menamatkan hubungan yang telah dijalin selama dua tahun itu.

“Now no more word appreciate. Enough is enough. I’m single ready to mingle. Be yourself, but always your better self,” catatnya sambil meletakkan tanda pagar singlelife pada hantaran di Instagram miliknya.

Sajat turut memuat naik video miliknya yang pernah tular sebelum ini yang memaparkan dia tidak melayan apabila ‘diganggu’ oleh seorang individu ketika keluar berseorangan di Australia.

Usahawan kontroversi itu sebelum ini menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan, namun meloloskan diri ke Thailand sebelum melarikan diri ke Australia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here