Pengusaha tadika, taska hadapi kesukaran: Mana suara menteri wanita?

0
1

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tampil membantu menyelesaikan masalah pengusaha taska dan tadika.

Beliau berkata, menurut laporan sebuah media, pengusaha taska dan tadika kini buntu sama ada mahu menaikkan yuran apabila pihak mereka menghadapi kesukaran untuk membayar gaji minimum RM1,500 sebulan kepada tenaga pengajar.

Justeru, beliau mencadang kerajaan perlu memberi lebih banyak subsidi kepada pengusaha taska dan tadika.

“Ini kerana industri ini betul-betul dalam kesusahan pasca Covid-19 dan kenaikan harga barang.

“Jadi, di mana suara menteri wanita dan timbalannya? Mereka orang yang sama dilantik Perdana Menteri Bersatu dan PM Umno,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa tadika mungkin berhadapan kesukaran membayar gaji minimum RM1,500 sebulan kepada tenaga pengajar.

Namun, menurut persatuan, mereka masih berusaha untuk tidak menaikkan yuran atau cuma naikkan sedikit sahaja.

Tadika yang mengenakan bayaran lebih murah kepada ibu bapa yang paling tertekan untuk melaksanakan gaji minimum baharu yang telah diwajibkan pada 1 Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here