‘Peja jangan sap gam’, Faizal Azumu tak sentap!

0
1

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu tidak ‘sentap’ dengan satu sepanduk dinaikkan penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi.

Malah, Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkan sepanduk yang ditulis dengan ayat ‘Peja jangan sap gam’ itu sebagai nasihat terbaik untuk dirinya.

“Nasihat yg amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” ciapnya di laman Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini Ahmad Faizal mencetuskan perasaan tidak senang penyokong Malaysia terutama kumpulan sorak Ultras Malaya kerana didakwa menjadi punca Malaysia tumpas di tangan Bahrain.

Menurutnya, suasana gamat dan bising di stadium menyebabkan pemain Harimau Malaya tidak dapat memberi perhatian kepada perlawanan sekali gus tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal bingkas menafikan perkara itu dan meminta maaf kepada penyokong Harimau Malaya dengan memberi alasan kenyataanya itu telah disalah ertikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here