UKSB sewa helikopter untuk Khairy, peguam Zahid persoal kenapa tidak didakwa

0
1

BEKAS Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, bahawa pihaknya telah membayar kos sewa helikopter untuk kegunaan Khairy Jamaluddin pada 2015.

Dia memberitahu mahkamah bahawa helikopter itu disewa untuk Khairy bagi meninjau bencana banjir ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan. 

Khairy pada masa itu juga merupakan Ketua Pemuda Umno.

Wan Quoris mengesahkan soalan yang ditanya peguam bela Hamidi Mohd Noh ketika prosiding perbicaraan rasuah membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Dalam sesi soal balas itu, Wan Quoris ditanya mengenai sebuah buku faraid yang tertulis “Heli for K”. 

Saksi ke-16 pendakwaan itu mengaku “Heli for K” bermaksud dia telah membuat pembayaran sebanyak RM15,180 pada April 2015 untuk kos sewa helikopter berkenaan. 

Hantaran Instagram Khairy pada 2015

Terdahulu, pada prosiding sesi pagi, Wan Quoris memberitahu Mahkamah, syarikatnya memberi sumbangan dana politik kepada Khairy selain bekas Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya, Khairy pernah menerima sumbangan dana politik antara RM5,000 hingga RM20,000.

Bagaimanapun, Wan Quoris Shah, 42, yang juga ahli Umno berkata, wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada Khairy, sebaliknya diberikan menerusi Umno Bahagian Rembau. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here