Janusha buktikan anak Malaysia hebat di pentas antarabangsa – PM

0
1

KEJAYAAN B Janusha yang menjadi pegawai wanita pertama negara menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu turut menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.

“Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Syabas dan tahniah PKK Janusha!” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang berusia 23 tahun itu mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.

Janusha mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.

Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden AS, Joe Biden. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here