Anjing jiran terlepas serang wanita hamil

0
1

AKIBAT kecuaian jiran, seorang wanita hamil cedera diserang anjing yang terlepas daripada tali pengikat sehingga menyebabkan haiwan tersebut bertindak di luar kawalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, semalam, yang ketika itu mangsa berusia 35 tahun itu sedang melindunginya anak-anaknya daripada diserang anjing berkenaan.

“Siasatan mendapati anjing tersebut adalah milik dan di bawah peliharaan seorang wanita warga tempatan iaitu jiran di kawasan yang sama dan tidak mempunyai lesen yang sah untuk memelihara anjing tersebut.

“Kejadian dikatakan berpunca daripada pemilik anjing tersebut telah cuai terlepas tali pengikat anjing menyebabkan anjing bertindak luar kawalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Kajang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin memelihara anjing di mana-mana premis termasuk rumah persendirian agar mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, pemilik harus memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi supaya perkara seperti kejadian ini dapat dielakkan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan. -Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here