Bekerja dari rumah kurangkan kesesakan trafik, subsidi petrol – Najib 

0
2
Pix via Malaysiapost

MENGGALAKKAN majikan benarkan kakitangan berkerja dari rumah dikenal pasti langkah terbaik mengurangkan kesesakan jalan raya di ibu negara ketika ini.  

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ia juga dapat mengurangkan penggunaan petrol sekali gus meringankan beban kerajaan menanggung subsidi petrol yang dijangka meningkat tahun hadapan.  

“Antara isu-isu dihadapi negara sekarang ialah kesesakan trafik yang sangat teruk serta kerajaan menanggung kos subsidi petrol semakin tinggi dan dijangka akan melebihi RM30 bilion tahun ini. 

“Dengan langkah ini, 20 hingga 30 peratus kesesakan trafik dapat diredakan dan kerajaan juga menjimat 20 hingga 30 peratus kos subsidi petrol dan diesel – penjimatan melebihi RM9 bilion bagi tahun ini. 

“Pada masa sama, projek pengangkutan awam yang ditangguh dan diperlambatkan kerajaan PH dahulu perlu dipercepat dan disiapkan,” katanya di Facebook, hari ini.  

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, tidak sukar untuk kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja beroperasi dari rumah berdasarkan pengalaman ditempuh ketika tempoh pandemik Covid-19 lalu.  

“Ketika pandemik, ramai disuruh bekerja dari rumah dan terbukti kaedah ini sesuai dengan pelbagai jenis pekerjaan. Sebanyak 70 peratus pekerja disuruh kerajaan untuk work from home masa itu. 

“Jadi, saya rasa tidak susah sekiranya majikan dan kerajaan hari ini menggalak dan membenarkan semula 20 hingga 30 peratus daripada jumlah pekerja untuk bekerja dari rumah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here