Tanpa RUU Lompat Parti rakyat tidak rasa manfaat demokrasi

0
1
shahrir samad

TANPA Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti rakyat dan negara tidak akan merasa manafaat sebenar dari amalan demokrasi yang asasnya ialah mandat rakyat.

Perkara itu disuarakan Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad yang berkata, beliau percaya undang-undang yang bakal dibentang pada mesyuarat Dewan Rakyat bermula 18 Julai ini, akan mengembalikan mandat rakyat sebagai asas demokrasi negara.

“Sokongan terhadap pencegahan ‘party hopping’ datangnya dari sebahagian besar Ahli Parlimen.

“Ini kerana ‘politik katak’ tidak menghormati mandat rakyat kepada wakil parti yang telah mereka pilih dalam pilihan raya,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, budaya politik katak sebaliknya menjadikan Ahli Parlimen sebagai elit politik yang mempunyai kuasa menentukan halatuju politik negara.

“Sebab itulah, umpamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melaksanakan ‘scheme of things’nya untuk menubuhkan kerajaan selepas Langkah Sheraton.

“Kejadian ugutan tindakan undang-undang dan tawaran jawatan semuanya terdapat dalam ‘scheme of things’ rekaan Muhyidin,” katanya.

Jelas Shahrir lagi, akhir kerajaan yang ditubuhkan atas asas ‘Scheme of Things’ tidak stabil dan mempunyai halatuju.

“Betulah, adanya kerajaan. Jemaah Menteri pun besar. Tapi rakyat dan negara tidak merasa munafaat sebenar dari amalan demokrasi yang asasnya ialah mandat rakyat,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku berkata, RUU itu akan dibentangkan semasa mesyuarat kedua Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 18 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here