Dakwa dipermainkan Azri, wanita kesal ‘pelamin anganku musnah’ 

0
2

PELAMIN anganku musnah, itulah yang sedang dihadapi seorang wanita yang dikenali sebagai F yang mendakwa dipermainkan aktor Azri Iskandar. 

Wanita itu mendakwa Azri pernah berjanji untuk bernikah dan telah pun berjumpa keluarga aktor itu di kampung.

Memetik Mstar, F menjelaskan, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bercerai dengan pelakon Elly Suriaty.

“Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia cerai saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik.

“Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi saya tak nak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka,” katanya. 

Bagaimanapun F berkata dia kemudiannya bersetuju untuk bertemu Azri.

“Ketika perjumpaan itu, Azri ada memberitahu niatnya untuk bernikah dengan saya dan membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya berjumpa dengan makcik dan ahli keluarga lain,” katanya.

Kata F, dia agak terkejut dengan pelawaan tersebut dan menganggap ia terlalu cepat bagi seorang lelaki membuat keputusan untuk berkahwin selepas bercerai.

“Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah. Saya pun tak habis fikir lagi. Tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah.

“Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia… semua baik,” katanya. 

Semalam, media melaporkan, bekas suami kepada Ellie Suriaty itu mengumumkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera. 

Susulan berita itu, F mengakui terkejut dan rasa dipermainkan Azri, namun pasrah dengan takdir yang menimpanya.

“Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.

“Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia,” katanya.

Sementara itu, Azri menafikan dakwaan wanita itu dan menyifatkannya sebagai cerita tidak logik untuk dirinya mengajak wanita itu berkahwin dua hari selepas bercerai dengan Ellie, lapor Kosmo. 

Justeru, dia memohon kehidupannya tidak terus diganggu wanita berkenaan. 

“Saya tak tahu apa motif dia buat pendedahan kepada media selepas saya bercerai dan membuat pendedahan ingin membina masjid dengan Azra Diera.

“Kalau niatnya untuk mengeruhkan hubungan antara saya dengan bakal isteri, semoga berjaya sebab Azra percayakan diri saya.

“Pesan saya untuk dia, berhentilah. Tolong jangan kacau hubungan dan runtuhkan masjid yang saya nak bina dengan Azra,” katanya.

Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu menegaskan, hanya Azra yang ingin dikahwininya buat masa sekarang.

“Saya cuma nak berkahwin dengan Azra. Apabila membaca dakwaannya, saya pun terkejut tapi saya yakin, Azra lebih tahu kebenarannya.

“Macam saya cakap tadi, di mana logiknya dua hari lepas bercerai terus ajak berkahwin sedangkan sebelum itu kami dah putus hubungan agak lama sebelum bertemu kembali baru-baru ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here