TMJ umum undur diri dari JDT

0
1

 PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengundur diri daripada kelab berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Johor Southern Tiger sebentar tadi.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail merupakan watak penting yang memberi sinar baharu buat kelab bolasepak di Johor itu setelah mengambil alih pengurusan kelab bermula pada 2012.

Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih pasukan Harimau Selatan itu antaranya  memenangi gelaran Liga Super lapan kali berturut-turut,  

dua Piala Malaysia dan satu Piala FA.

Bukan setakat jaguh di laman sendiri namun mereka juga berjaya mencipta reputasi tersendiri di pentas Asia apabila mencipta sejarah menjuarai Piala AFC pada 2015.

Terbaharu,  JDT terus mengukir nama di pentas antarabangsa selepas muncul pasukan pertama negara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here