Ribut petir, hujan lebat melanda hampir seluruh negara malam ini

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga jam 7 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Termasuk Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); WP Kuala Lumpur; WP Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin).

“Selain itu, Melaka; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Sarawak: Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis) serta Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) sehingga 7 malam; Khamis, 9 Jun 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here