MESYUARAT Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam bersetuju menangguhkan pemilihan parti di peringkat cawangan.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata urusan pemilihan parti itu ditangguhkan ke suatu tarikh tidak melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.
Menurutnya, selain itu mesyuarat MPT juga telah menetapkan tarikh Persidangan Cawangan, Persidangan Bahagian dan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2022 (termasuk sayap).
“Persidangan Cawangan pada 19 Ogos 2022 hingga 18 September 2022. Persidangan Bahagian pada dan 9 Oktober 2022.
“Perhimpunan Agung Sayap pada 10 dan 11 November 2022, manakala Persidangan Agung Tahunan pada 12 dan 13 November 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, MPT juga sebulat suara bersetuju melantik Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad sebagai anggota MPT yang baharu. – Malaysiapost

