Mesin permainan anak patung kanak-kanak dikategorikan judi – Mufti Perlis

0
1

MESIN permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir), kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, ia kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut.

“Maka, ia adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Asri, permainan itu juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

Beliau berkata, perkara berkenaan turut diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

“Justeru, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

“Dan umat Islam di negeri Perlis juga hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here