Tiga parah lori rempuh kenderaan berhenti di lampu isyarat

0
1

TIGA cedera manakala empat terselamat selepas kenderaan dinaiki dirempuh sebuah lori ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh – Butterworth, berhampiran Balai Polis Simpang, Taiping, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 7 pagi itu membabitkan lapan kenderaan dan tujuh mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan, berkata pihak bomba menerima maklumat mengenai kemalangan pada jam 7.11 pagi.

“Sebaik pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping sampai di tempat kejadian didapati sebuah lori telah melanggar enam kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Tiada mangsa yang tersepit dan anggota bomba bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat dibantu oleh pasukan perubatan Hospital Taiping serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Jumlah mangsa yang terbabit adalah seramai tujuh orang membabitkan seorang wanita dan dua lelaki parah, manakala masing-masing dua lelaki dan dua wanita tidak cedera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here