‘Pondohan’ tidak penghuni jadi transit aktiviti penyeludupan

0
1

PASUKAN Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengesan aktiviti penyeludupan barang kawalan yang disyaki cuba dibawa keluar ke negara jiran Filipina di kawasan utara Pulau Sibangkat Semporna, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintendan Mohamad Ismail, berkata pihaknya bertindak menjalankan membuat pemeriksaan ke atas sebuah ‘pondohan’ atau penempatan atas air yang tidak berpenghuni.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menjumpai beberapa liter berisi minyak petrol dan beberapa kilogram (kg) minyak masak bersubsidi yang ditinggalkan dan disyaki hendak diseludup ke negara Filipina.

“Jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,635. Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here