MAJLIS Bandaraya Seremban (MBS) telah menutup rumah yang diubah suai menyerupai kuil di Taman Surian, Mantin hari ini.
Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.
Menurutnya, MBS sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik sebuah rumah di Taman Surian, Mantin yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.
Beliau menjelaskan, sebelum ini, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.
“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan pendedahan Media Variasi semalam berkenaan seorang penduduk meluahkan rasa bimbang apabila jiran sebelah rumahnya mengubahsuai bentuk seperti ‘kuil’ dipercayai tanpa kelulusan, telah membawa kepada tindakan segera
Menurutnya, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan (MBS) melainkan notis memberhentikan kerja pengubahsuaian dikeluarkan kepada pemilik rumah berkenaan.
Hari ini, rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguatkuasa MBS. -Malaysapost

