SugarBomb agih RM10,000 duit raya kepada tetamu

0
2

PEMILIK jenama SugarBomb menyediakan RM10,000 duit raya serta potongan harga bagi setiap produk jualannya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SugarBomb 2022 yang berlangsung di ibu pejabat jenama wangian terkenal itu di Bandar Bukit Raja, Klang, Sabtu lalu.

Lebih 1,000 tetamu dari seluruh negara termasuk peminat, penyokong, rakan artis, pihak media,ejen, stokis, rakan strategik dan logistik hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Menurut pengasas jenama di bawah syarikat, SugarBomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali dengan nama Bos A itu berkata, rumah terbuka dianjurkan secara berskala besar itu bertujuan menghargai semua pihak yang teguh menyokong mereka sejak tahun 2017 lagi.

“Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama kami adakan secara kecil-kecilan saja ketika jenama kami masih beroperasi di Setia Alam pada tahun 2018.

“Kali kedua ini lebih luas skopnya. Biarpun berlangsung selepas Syawal sudah berlabuh, kami kira tak lambat untuk menganjurkannya sebagai penutup Aidilfitri pada tahun ini. Biar lambat, asal selamat,” katanya ketika dtemui.

Malah katanya, dia meneruskan tradisi berkongsi duit raya kepada peminat setia jenama itu dengan memperuntukkan RM10,000 untuk dikongsi secara rawak kepada tetamu yang hadir.

Graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK) itu berkata, setiap kali musim raya, dia mengganggap tradisi berkongsi duit raya itu sebagai kongsi rezeki.

Menghangatkan dan merancakkan momentum sambutan rumah terbuka itu turut disajikan dengan menu istimewa dan kos penganjuran acara itu dianggarkan melebihi RM50,000.

“Kita juga mengundang duta dan ikon SugarBomb iaitu Nabil Ahmad, Achey dan juga Shiha Zikir sebagai penyeri. Berkonsepkan street hawker, persembahan busking juga menjadi penyedap halwa telinga tetamu,” katanya lagi.

Malah sepanjang majlis berlangsung, gerai menjual pewangi badan dan pewangi kereta rumah turut dijual dengan harga promosi istimewa.

“Pewangi badan 30ml EDP dijual dua botol pada harga RM100. Harga normal sebotol, RM59. Manakala pewangi kereta pula satu dijual pada harga RM10, tapi beli tiga kuantiti dengan harga RM28,” tambahnya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here