Berita
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Pahang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik) dan Perak (Perak Tengah dan Hilir Perak) termasuk Pahang (Temerloh dan Maran) sehingga 1 pagi; Selasa, 7 Jun 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

