PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan “Dirgahayu Tuanku” kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ucapan penuh hormat dan takzimnya itu sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
“Dirgahayu Tuanku. Raja berjiwa rakyat memayungi Keluarga Malaysia.
“Patik mewakili seluruh Keluarga Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, esok.
“Patik sekalian juga mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku agar sentiasa dilimpahi hidayah-Nya, juga beroleh ‘Afiah’ dan penuh kedaulatan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.
Beliau turut menzahirkan harapan semoga Malaysia terus maju di bawah naungan Seri Paduka. – Malaysiapost

