Gaduh rebut teman wanita, polis buru 3 lelaki

0
1

TIGA lelaki termasuk seorang remaja kini diburu polis selepas dipercayai terbabit kes memukul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran, di sini 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata terdahulu pihaknya mengesan satu rakaman video kekecohan berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran.

Menurutnya, di dalam rakaman berkenaan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam lebih kurang 2.10 pagi dimana beberapa lelaki memegang objek menyerupai kayu besbol dan telah memukul seorang mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa adalah remaja berusia 15 tahun dan punca kejadian adalah disebabkan perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah dan sehingga ada campur tangan rakan-rakan suspek.

“Dalam kejadian itu mangsa mengalami kecederaan pendarahan di otak, lebam muka dan kecederaan di tangan serta kaki.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata dan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bertindak berdasarkan maklumat beberapa siri tangkapan berjaya dilakukan sejak kejadian berlaku membabitkan sembilan suspek berusia 14 hingga 21 tahun di kawasan Kapar dan daerah Klang.

“Turut dirampas beberapa telefon bimbit, pakaian, sebuah kereta dan dua besi besbol. Semakan mendapati dua daripada yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Enam daripada suspek telah dituduh di Mahkamah Klang pada 1 Jun lalu dan mengaku tidak bersalah serta dibenarkan jamin. Manakala seorang suspek dijadikan saksi pihak pendakwaan dan dua lagi dibebaskan tanpa syarat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis kini berusaha mengesan dan menangkap tiga lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan.

“Suspek yang diburu adalah Sebastian Low Jhun Yung, 21; Chan Jia Jing, 17 dan Ho Zhen Yang, 22.

“Ketiga-tiga suspek kini dijadikan sebagai Orang Dikehendaki atau ‘Wanted Person’.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek ini diminta menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here