Spekulasi ganti Zuraida, Wan Saiful kata terserah pada Muhyiddin, PM

0
1

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan beliau tiada masalah mana-mana pemimpin parti itu dinamakan pengganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Wan Saiful berkata, terpulang kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyerahkan senarai nama difikirkan sesuai untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon.

Beliau mengulas laporan media mendakwa empat nama disebut-sebut bakal menggantikan Zuraida yang keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini.

“Itu laporan media (empat nama disebut-sebut), saya tak pasti sumber dari mana, bagi saya mana-mana nama dicalonkan parti, itu pertimbangan antara presiden dan Perdana Menteri

“Bagi pihak Bersatu, mana-mana pemimpin yang dinamakan dan dilantik (menggantikan Zuraida), kita akan sokong… kita sedia berkhidmat pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) ditemui media selepas Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Sabah di Tawau hari ini.

Semalam media melaporkan, nama Wan Saiful dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin antara empat nama disebut-sebut bakal menggantikan Zuraida. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here