‘Ni baru KFC, belum lagi krisis makanan’ – netizen

0
1

TINDAKAN pengunjung rumah terbuka di Dataran Merdeka Sabtu lalu yang berasak-asak bagi mendapatkan pek makanan menerima reaksi ramai pihak yang bimbang dengan situasi berkenaan.

Satu rakaman berdurasi dua minit 16 saat, dimuat naik di Facebook memaparkan aksi pengunjung terpaksa berhimpit kerana mahu mengambil hidangan KFC yang disediakan di dalam kotak.

Semakan menerusi video itu mendapati sebahagian pengunjung tidak memakai pelitup muka dengan betul, dan ada yang langsung tidak memakai pelitup muka dalam keadaan bersesak-sesak itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa kesal dengan sikap pengunjung yang gagal mematuhi jarak fizikal ditetapkan ketika berada dalam kawasan awam atau majlis keramaian.

“Inilah sikap orang Melayu kat negara kita pantang dapat jemputan open house berabut-rebut kalau ada makanan yang sedap, lagi-lagi free seolah-olah macam tak pernah jumpa,” kata Intan Kirana.

“Ini baru KFC tuan puan sekalian belum lagi kita betul-betul krisis makanan,” ujar Cik Puan Siti.

Bagaimanapun, ada netizen menegur pihak penganjur yang tidak merancang dengan betul pembahagian makanan, sehingga orang ramai terpaksa berhimpit-himpit.

“Penganjur ni sengaja buat gaya macam orang Malaysia ni kebulur. Apa salah suruh beratur panjang. Kalau dah habis, habis la nak buat macam mana. SOP ke laut,” kata Maizatul Akmar.

“Cara bagi tu tak betul.. salah penganjung dalam hal ni, pengurusan tak betul,” kata Norani Ali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here