‘Jika ada sokongan 119 MP, tekanlah butang sekarang’ – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak berkata, beliau masih menanti maklum balas pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) berhubung dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kembali menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, susulan dakwaan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam, sehingga kini tiada penafian dibuat oleh pemimpin kedua-dua gabungan.

“Belum ada sebarang penafian dari PN atau PH sejak semalam setelah berita ini dibongkar oleh presiden parti Warisan.

“Muhyiddin kata ada 119 sokongan ahli Parlimen, dah runding dengan Anwar (Ibrahim), Anthony Loke (Setiusaha Agung DAP).

“Jika sudah ada sokongan 119 maka tekanlah butang sekarang. Welcome PH 2.0,” tulis bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Mohd Shafie mendakwa dihubungi Muhyiddin dua bulan lalu bertujuan mendapatkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Ahli Parlimen Semporna itu mendakwa, Muhyiddin memberitahu telah mendapat sokongan 119 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Memetik laporan The Star, Mohd Shafie mendedahkan, Presiden Bersatu itu mendakwa telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokongnya.

“Saya beritahu dia (Muhyiddin) jika kamu mempunyai nombor, kamu teruskan, saya tidak akan mengikut kamu,” katanya kepada orang ramai di Libaran, Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here