Bella demam, prosiding pengecaman Bainun ditangguh

0
2
KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (kiri) dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang tular sebelum ini. Siti Bainun, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Oktober ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

REMAJA orang kurang upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang sepatutnya hadir bagi tujuan pengecaman ketika prosiding perbicaraan hari ini, tidak dapat hadir kerana demam.

Bella yang menghidap Sindrom Down dijadualkan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap tertuduh, lapor Berita Harian.

Namun, dia dilaporkan demam dan tidak dapat hadir ke Mahkamah Sesyen untuk proses pengecaman terhadap tertuduh.

Sesi pengecaman itu akan dijadualkan semula sebaik Bella dilaporkan sembuh.

Difahamkan, turut akan hadir adalah beberapa penghuni kondominium yang menjadi lokasi Bella didera.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here