PM lantik 6 ahli panel pemantau bebas SPRM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik enam individu secara pentadbiran sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh dua tahun.

SPRM dalam kenyataan, berkata lima daripada mereka dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) yang merupakan lantikan semula.

Manakala, seorang lagi sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) baharu bagi menggantikan seorang ahli panel bebas tersebut yang meletak jawatan pada Disember tahun lalu.

“Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar dari pelbagai bidang untuk mewakili masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, SPRM berkata surat cara pelantikan PPO dan PPPR itu telah disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. – Malaysiapost

Ahli-ahli PPO terdiri daripada:

  1. Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
    Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara
  2. Datuk Mohd Faudzi Hj Che Mamat (Ahli)
    Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
  3. Datuk Abdul Manap Dim (Ahli)
    Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri
  4. Datuk Azimah Abd Hamid (Ahli)
    Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  5. Dr Haji Mazlan Haji Ahmad (Ahli)
    Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia.

Ahli terbaru PPPR ialah:

  1. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (Ahli)
    Naib Pengerusi Eksekutif, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here