Pemilihan PKR: Rafizi atasi Saifuddin di Sarawak

0
1

RAFIZI Ramli mengungguli saingan jawatan timbalan presiden PKR dengan kelebihan hampir 20,000 undi, selepas keputusan tidak rasmi di negeri terakhir, Sarawak diperoleh hari ini.

Keputusan di laman sesawang PKR, www.pemilihankeadilan2022.com, menunjukkan Rafizi mendahului 16 daripada 31 bahagian PKR di negeri itu.

Berdasarkan kiraan undian semua bahagian, Rafizi mengumpul 1,113 undi, mengatasi pencabarnya yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memperoleh 1,059 undi.

Undi tertinggi diraih Rafizi di Hulu Rejang dengan 227 undi, berbanding 124 undi untuk Saifuddin.

Menerusi keputusan tidak rasmi setakat ini, Rafizi mendapat 69,045 undi, menewaskan Saifuddin yang meraih 49,803 undi, selepas mengambil kira keputusan dari semua negeri, termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here