Anwar jumpa superstar filem Tamil

0
1

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertemu tokoh dan superstar filem Tamil, Kamal Haasan.

Menurut Anwar, beliau mengadakan diskusi panjang bersama pelakon berusia 67 tahun itu terutama tentang sejarah India dan persoalan tatakelola yang baik, serta ketegasan terhadap rasuah.

“Saya akan hadir ke majlis tayangan premier filem terbarunya ‘Vikram’ pada 3 Jun ini di ibu negara,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi perkongsian di Facebooknya.

Kamal kini berada di Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Vikraam yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 Jun ini.

Hero pujaan ramai itu hadir ke NU Sentral Kuala Lumpur semalam dan berjaya mengumpul ribuan peminat sehingga jalan di kawasan sekitar sesak.

Menurut beberapa portal filem antarabangsa, Filem Vikraam adalah filem yang paling dinanti dan berada pada tangga teratas pencarian di beberapa laman sesawang filem. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here