Tewas di Gombak: Farhash pertikai keputusan pemilihan PKR

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=103597771167222&set=ecnf.100045509978518

CALON Ketua Cabang PKR Gombak,  Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut audit forensik dijalankan ke atas keputusan pemilihan bahagian itu kerana mendakwa wujud percanggahan antara jumlah undi dikira dan pengundi.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, berkata beliau akan membantah keputusan ‘tidak masuk akal’ undian secara fizikal dan dalam talian di bahagian Gombak.

“Kami mempunyai bukti kukuh untuk mengemukakan bantahan dan kami menuntut audit forensik dijalankan. 

“Satu laporan forensik yang meneliti setiap undi PAT dan fizikal perlu dijalankan oleh satu entiti bebas yang dipersetujui oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Farhash berkata, setelah meneliti keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR 2022 yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebentar tadi, beliau menyatakan keraguan yang amat tinggi terhadap ketelusan dan kebenaran keputusan tersebut.

“Pihak saya mempunyai bukti dan dokumentasi yang kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, dengan gesaan untuk parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan dan kaedah-kaedah perlaksanaannya,” katanya. 

Farhash mencabar Ketua PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mengetuai bahagian Gombak.

Amirudin menepati ramalan apabila menang bagi jawatan Ketua Cabang Gombak mengatasi Farhash.

Menteri Besar Selangor itu memperoleh 1,858 undi mengatasi Farhash yang memperoleh 1,215 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here