PENYANYI, Aina Abdul membuat permohonan maaf susulan kontroversi membabitkan penampilannya dikatakan mirip biarawati gereja atau rahib pada satu sidang media, baru-baru ini.
Aina atau nama sebenarnyan Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjelaskan pemilihan gaya itu adalah ideanya sendiri dan kumpulan pengurusannya melihat daripada koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.
“Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan saya pada Sidang Media ANWAA 2.0, baru-baru ini.
“Namun, saya mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi saya ingin memohon maaf,” katanya.
Pelantun lagu Semalam itu turut berkata akan lebih berhati-hati selepas ini dalam berfesyen agar tidak menimbulkan lagi rasa tidak senang banyak pihak.
“Saya akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Sebelum ini, Aina yang kerap muncul dengan fesyen ‘pelik’ sekali lagi tampil menggayakan tudung saling tidak tumpah seperti memakai pakaian khas biarawati gereja.
Tudung sedondon sut rona putih tersebut digayakan pelantun lagu Semalam itu sewaktu hadir ke sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0, Rabu lalu. – Malaysiapost

