TULAR baru-baru ini 39 orang pelajar sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD) diraikan kejayaan mereka oleh jenama yang berdaftar di bawah 2M World Sdn Bhd itu menjadi bukti perjuangan yang diaspirasikan sejak tahun 2016.
Pada acara dipanggil VIVAlicious yang diadakan kali keempat pada 14 dan 15 Mei lalu di sebuah hotel di Bangi, Selangor, di mana seramai 18 orang daripada peserta yang hadir turut menerima sijil anugerah penghargaan daripada Dr Roket.
Mereka terdiri daripada usahawan, guru, pensyarah, pegawai tadbir diplomatik, pendakwa raya, hakim dan pelbagai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang sedang menyambung pengajian secara separuh masa atau sepenuh masa.
VIVAlicious merupakan program susulan selepas tesis mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang disiapkan kurang enam bulan dan berevolusi dalam tempoh yang mereka sendiri tetapkan.
Ia merupakan sesi pembentangan akhir hasil kajian mereka sebelum mereka masuk ke bilik VIVA yang sebenar.
Video berkenaan turut dibanjiri komen positif yang rata-rata menyifatkan peranan jenama berpangkalan di Batu Caves, Selangor itu sangat membantu dan meninggalkan impak tersendiri.
Pengasasnya, Dr Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri, berkata pengajian peringkat sarjana mahupun PhD bukan sebuah perjalanan penuh tekanan dan tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak universiti atau tajaan.
“Sebaliknya, ia sebuah kembara yang sangat indah. Ada kegembiraan dan ‘thrill’ sebenarnya. Kebiasaannya mereka yang belajar peringkat terbabit selalu rasa sukar, mahu ‘quit’, diserang penyakit, malah ada yang tidak disokong oleh orang terdekat.
“Bahkan rasa mereka sendirian atau keseorangan. Malah tidak nampak hala tuju sebenar pengajian dan kajian mereka sendiri.
“Tapi sebenarnya tidak. Kami di Dr Roket cuba mendidik dan mewujudkan kesedaran, mereka ini sebenarnya ada ramai yang ‘senasib’. Ramai pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian tepat waktu kerana gagal siapkan tesis dengan 1001 cabaran kehidupan dan akademik,” katanya.
Katanya lagi, pelajar terbabit dilatih untuk menjadi “driver” kepada tesis mereka sendiri.
Tiada istilah atau budaya ‘spoon feeding’ supaya mereka boleh berdikari sebagai seorang learner dan researcher.
“Ini pasti membantu penyelia yang menguruskan ramai pelajar seliaan. Antara cabaran mereka termasuklah faktor masa. Sedangkan faktor masa atau sibuk dengan urusan keluarga bukan halangan besar.
“Mereka ini sebenarnya tidak mahir dalam pengurusan tesis dan pengajian. Itu yang kami cuba bantu. Tiga peserta yang hadir kali ini juga adalah hasil daripada proses yang dibantu telah mendapat keputusan cemerlang (skala 1) mewakili Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya,” katanya.
Terbukti sejak meluncur laju, jenama berkenaan sudah membantu lebih 50,000 pelajar sarjana dan PhD pengurusan dan mengimbangi tesis dan kehidupan dengan lebih baik dan semakin jelas matlamat halatuju sebenar mereka menyambung pengajian di peringkat tersebut.
Program yang dijalankan bukanlah bersifat motivasi semata-mata, sebaliknya ia bersifat holistik merangkumi aspek motivasi, spiritual, akademik, ilmu pengurusan tesis dan ilmu kelas teknikal yang diperlukan oleh pelajar ‘post graduate’ sepanjang pengajian mereka.
“Malah ilmu yang dikongsi ini turut membantu dan memudahkan urusan SV (Supervisor-penyelia), universiti, pihak tajaan malah KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) sendiri terhadap pelajar seliaan dan tajaan mereka.
“Tahap VIVAlicious ini boleh saya katakan kemuncak kepada program yang kami usahakan. Kami tawarkan pakej awal dengan Mudah Siap Tesis (MST). Mereka yang menyertainya boleh masuk seminar atau kelas dalam talian secara percuma. Kempen terbaharu MST kita adakan pada 30 Julai depan.

