Operasi pencarian kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas mungkin diperluaskan

0
1

OPERASI mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas didapati hilang dari sebuah rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan awal pagi tadi mungkin akan diperluaskan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Che Mohd Nor berkata SAR diketuai oleh Ketua Balai Bomba Indera Mahkota, Roslan Mat Din bersama 19 orang pegawai bomba.

“Menurut Ketua Operasi mangsa seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dilaporkan telah hilang dan tiada saksi di tempat kejadian yang melihat kanak-kanak tersebut terjatuh ke dalam air.

“Pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan dan akan meluaskan skop pencarian bersama agensi lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba membuat operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air dan selaman oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PDPA).

Beliau berkata, SAR juga dijalankan dengan pencarian di sekitar rumah rakit, membabitkan anggaran radius pencarian 1 kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa disyaki hilang.

Terdahulu media melaporkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dikhuatiri lemas apabila didapati hilang dari sebuah rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 3.23 pagi.

Difahamkan anak-kanak perempuan itu hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here