‘Sekali tengok ingat Janna Nick’ – netizen

0
2

PENAMPILAN terbaharu pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad membuatkan ramai yang terpesona dengan susuk tubuhnya yang kian langsing.

Foto terkini Sherry yang dimuat naik menerusi Instagram mendapat reaksi ramai pihak sehingga ada yang menyamakannya dengan selebriti Janna Nick.

Dalam hantaran tersebut, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, mempromosikan satu produk untuk menurunkan berat badan.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Sherry sedang memegang botol minuman sebuah produk untuk tujuan pengiklanan.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti seperti Awal Ashaari dan Catriona Ross meninggalkan pujian dan kagum dengan kesungguhan pengacara The Sherry Show itu untuk tampil langsing dan cantik.

Terdapat juga komen yang pada awalnya menyangka individu dalam video promosi itu adalah Janna Nick.

“Aku sorang je perasan macam Janna Nick,” ujar Sitiahhmad.

“Weh.. kurus. Ingat Janna Nick,” kata Mariamor87.

“Sekali tengok ingatkan Janna Nick. Dua kali tengok baru cam Sherry rupanya,” kata Zurinaana.

Sherry pada Januari lalu memaklumkan setakat ini dia tidak terfikir untuk melakukan pembedahan bariatric atau memotong usus sebagai jalan pintas menurunkan berat badan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here