Tanah luas, bumi subur di mana silapnya? 

0
1

SEORANG pemimpin Parti Amanah mempersoalkan di mana silapnya sehingga Malaysia ketika ini bukan sahaja berdepan kekurangan bekalan ayam, malah harga barangan makanan lain terus melonjak. 

Menurut Naib Presiden Amanah, Adly Zahari, harga daging lembu kini mencecah RM40 sekilogram sedangkan suatu ketika dulu negara pernah melaksanakan projek penternakan lembu namun gagal. 

“Malaysiaku. Dulu pelihara lembu, entah ke mana, daging dah sampai RM40 sekilo. Suruh makan ikan, laut keliiling pun ikan kembong dah lebih RM22 sekilo. 

“Maka makanlah ayam yang murah RM9 sekilo, sekarang ayam pula tiada bekalan. Tanah luas bumi subur di mana silapnya?,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here