MB Johor turun padang saksi kesesakan di Jabatan Imigresen

0
1

KEPERITAN orang ramai yang terpaksa berpanas kerana beratur panjang untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen di Setia Tropika, Johor Bahru mendapat perhatian Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Onn Hafiz turun padang pagi ini bagi meninjau suasana orang ramai berurusan dengan jabatan kerajaan tersebut.

“Keadaan di Imigresen Setia Tropika setiap pagi semenjak 1 May 2022. Keadaan ini tidak boleh berlarutan lagi,” katanya di Facebook, pagi ini.

Dalam hantaran itu, Onn Hafiz turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan barisan panjang orang ramai sehingga ke bahagian luar pejabat Jabatan Imigresen berkenaan.

Sehubungan itu, Onn Hafiz telah mengarahkan Pengarah Imigresen Johor untuk berjumpa dengannya dalam usahanya untuk mengatasi kesulitan orang ramai berurusan dengan Jabatan Imigresen Johor.

“Pengarah Imigresen Johor sudah diminta jumpa saya pagi ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here