Dua beranak ditemui mati tergantung dalam rumah

0
1

DUA beranak ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di kawasan Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima makluman mengenai seorang wanita tempatan tidak sedarkan diri bersama seorang lelaki dalam keadaan tergantung pada jam 10.17 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati wanita terbabit adalah warga tempatan berusia 71 tahun dan lelaki pula berusia 35 tahun. Hubungan kedua-duanya adalah ibu dan anak kandung.

“Siasatan ditempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Tiada kesan umpil dan pecah masuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, barangan petibadi dua beranak terbabit seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di tempat kejadian dan pemeriksaan ke atas mayat kedua-duanya juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

“Pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.

“Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang SM Wan Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here