MALAYSIA merekodkan sebanyak 1,817 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, semalam.
Berdasarkan laporan portal Covidnow, tiga daripadanya adalah kes import dan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini telah mencecah 4,491,320 kes.
Jumlah pesakit yang menjalani kuarantin kendiri di rumah ialah 25,366, manakala yang ditempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) ialah 18 orang.
Sementara itu, seramai 1,087 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital, 40 daripadanya menerima rawatan unit rawatan rapi (ICU). Pesakit yang menerima bantuan alat pernafasan pula ialah 23 orang.
CovidNow juga melaporkan sebanyak 3,389 kes Covid-19 sembuh semalam. Bagaimanapun dilaporkan dua kematian dan salah satunya diklasifikasikan sebagai ‘brought in dead’ (BID). – Malaysiapost

