Tak sampai separuh musim, JDT panggil semula Syafiq Ahmad dari Kedah

0
1

SAINGAN Liga Super belum pun memasuki separuh musim, penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad dipanggil semula ke pasukan asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 26 tahun itu dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA FC) sejak awal musim ini.

“Kelab JDT akan memanggil semula Syafiq Ahmad daripada pinjamannya di Kedah Darul Aman FC.

“Beliau akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa,” kata JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sebab Syafiq dipanggil semula ke pangkuan JDT sedangkan sebelum ini dilaporkan pinjamannya ke KDA FC adalah untuk tempoh selama semusim.

Tidak dapat dipastikan keputusan tersebut ada kaitan dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini yang mempersoalkan layanan pengadil terhadap JDT.

Baru-baru ini Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mengingatkan semua pihak agar tidak mewujudkan ‘tokong’ dalam kancah bola sepak tanah air.

Beliau berkata, bola sepak di negara ini bukan milik mana-mana individu tertentu sebaliknya dimainkan untuk semua golongan.

BACA LAGI: Harapan skuad Harimau Muda ke final berkecai

Muhammad Sanusi juga mengaitkan tambahan masa kecederaan selama 10 minit diberikan pengadil semasa perlawanan antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here