Covid-19: 2,017 kes baharu semalam

0
2
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

MALAYSIA melaporkan 2,017 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan angka keseluruhan kes sejak wabak itu melanda negara kini 4,483,295.

Menerusi data dikongsi di portal COVIDNOW, empat negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (850 kes), Kuala Lumpur (383), Pulau Pinang (145) dan Negeri Sembilan (129).

Pada masa sama sebanyak 94 kes dilaporkan di Perak, Melaka (91), Kedah (64), Johor (63), Sarawak (51), Sabah (42).

Selain itu Putrajaya mencatatkan 39 kes, Pahang (26), Terengganu (19), Kelantan (13), Labuan (5) dan Perlis melaporkan tiga kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here