MALAYSIA melaporkan 1,469 kes baharu Covid-19 semalam dengan tiga daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Menerusi data dikongsi di portal COVIDNOW, empat negeri mencatat peningkatan kes tiga angka iaitu Selangor (615 kes), Kuala Lumpur (219), Pulau Pinang (123) dan Negeri Sembilan (112).
Pada masa sama sebanyak 95 kes dilaporkan di Perak, Johor (64), Kedah (59), Melaka (34), Putrajaya (32), Sarawak (297), Sabah (27), Pahang (22), Kelantan (14), Terengganu (13), Labuan (enam) dan Perlis (lima).
Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 4,481,278 sejak wabak tersebut melanda negara. – Malaysiapost

