Calon PRU15: Hamzah tegur Bersatu Terengganu, jangan cuba dahului parti

0
2

SETIAUSAHA Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan tindakan Bersatu Terengganu yang sudah mengumumkan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai mendahului parti.

Hamzah berkata, setakat ini belum pun ada lagi persetujuan secara rasmi daripada pihak Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu sendiri.

“Sebenarnya memang tiada apa-apa persetujuan pun daripada pihak MPT dan sebab itu saya tidak mahu membangkitkan isu sebegini,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamzah memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan semula dengan pihak yang terlibat untuk mengelak berlaku pertindihan kerusi.

“Ini memang perkara biasa dialami semua parti dan kadang kala ada kepimpinan di peringkat negeri yang dilihat cuba mendahului keputusan ditetapkan oleh pihak ibu pejabat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang disandangnya pada PRU15.

Ini kerana nama Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah diserah kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipertimbangkan.

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris berkata, nama Rosol juga dipersetujui dalam perbincangan awal dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here