Lelaki raba budak 12 tahun dalam lif direman lima hari

0
1

SEORANG lelaki yang didakwa meraba seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif di flet Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekitar Kuala Lumpur, direman lima hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan polis kelmarin.

“Polis mendapat perintah menahan reman suspek selama lima hari bermula semalam sehingga Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata, kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual.

Menurutnya, polis telah merakam keterangan mangsa serta suspek dan berdasarkan keterangan yang diambil menyatakan lelaki itu adalah pesakit mental.

Katanya, suspek akan dihantar ke Hospital Bahagia selepas pihaknya menerima perintah mahkamah.

Sebelum ini, ibu mangsa berusia 36 tahun menyatakan kebimbangan selepas anak perempuannya didakwa diraba oleh suspek dalam lif di PPR kediaman mereka.

Difahamkan, wanita itu mengetahui kejadian selepas anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis sambil menceritakan apa yang berlaku. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here