Tunku Ismail, Khaleeda santuni Bella

0
1

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menyantuni remaja orang kurang upaya (OKU) Sindrom down, Bella di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland), hari ini.

Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya berkata, pertemuan beliau bersama Bella serta rakan-rakan merupakan satu penghormatan besar buat dirinya.

Khaleeda dalam masa sama turut mendoakan agar Bella, rakan-rakan dan semua kanak-kanak di seluruh negara dalam lindungan Allah SWT.

“Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya.

“Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.

Khaleeda turut berkongsikan foto di Facebook dan Instagram Khaleeda memaparkan detik istimewa pertemuan dengan gadis berkenaan.

Sebelum itu, Khaleeda memaklumkan akan membantu Bella untuk mendapatkan keadilan sewajarnya selepas remaja itu didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here